Sejarah

Penyakit batuk kering (TB) merupakan satu penyakit berjangkit yang disebabkan oleh sejenis bakteria yang dikenali sebagai Mycobacterium tuberculosis. Penyakit in boleh disebarkan melalui pernafasan dari manusia ke manusia

Rawatan

Rawatan semasa bagi pesakit TB dengan hanya mengambil ubat batuk kering mengikut jadual sekurang-kurangnya selama enam bulan

Aplikasi GRVOTS

Sistem aplikasi telefon pintar “Gamifikasi-realiti-video-pemerhatian-terapi“ (GRVOTS) diperkenalkan bagi mengantikan program kehadiran fizikal harian bagi mengambil ubatan (DOTS) di klinik.

TENTANG KAMI

Aplikasi telefon pintar GRVOTS dibangunkan secara dasarnya bagi membantu pesakit tuberkulosis untuk mendapat pemantauan ubatan tuberkulosis secara alam maya tanpa perlu hadir ke klinik secara fizikal seperti sebelum ini dalam DOTS. Tanpa perlu hadir ke klinik, pesakit tuberkulosis akan mendapat manfaat yang besar dari segi penjimatan masa, tenaga dan wang ringgit, dapat mengurangkan stigma masyarakat dan mengurangkan risiko jangkitan tuberkulosis kepada pekerja kesihatan yang perlu memantau ubatan secara fizikal melalui DOTS.

Selain itu, aplikasi ini juga dibangunkan dengan beberapa ciri gamifikasi iaitu ciri notifikasi peringatan pengambilan ubat,meter kemajuan untuk melihat perjalanan pengambilan ubat, ciri komunikasi dua hala bersama petugas kesihatan yang memantau rawatan untuk pelaporan kesan ubatan dan juga penyampaian kata-kata motivasi setiap kali berjaya patuh pada ubatan. Aplikasi ini juga mempunyai ciri realiti visual yang dapat membantu pesakit untuk mengenal pasti ubatan juga membantu proses pengambilan ubatan dengan betul. Apa yang diharapkan pada akhirnya, dengan gabungan ciri-ciri gamifikasi dan realiti visual yang ada,proses pengambilan rawatan tuberkulosis menjadi mudah untuk dipatuhi dan pesakit kekal bermotivasi untuk sembuh sepenuhnya dari penyakit ini.

SOALAN LAZIM :

Apakah tanggungjawab saya sewaktu menyertai penyelidikan ini?

Penyertaan anda di dalam penyelidikan ini adalah secara sukarela. Anda berhak menolak tawaran penyertaan ini atau menarik diri daripada penyelidikan ini pada bila-bila masa tanpa sebarang penalti.

Apakah risiko dan kesan-kesan sampingan menyertai penyelidikan ini?

Risiko untuk penyertaan penyelidikan ini yang adalah minima dan tidak akan menjejaskan rawatan anda. Anda berhak untuk tidak menjawab jika rasa tidak selesa dengan mana-mana soalan kajian.

Adakah maklumat saya akan dirahsiakan?

Anda tidak akan dimaklumkan mengenai data atau keputusan penyelidikan. Segala maklumat anda yang diperolehi dalam penyelidikan ini akan disimpan dan dikendalikan secara sulit, bersesuaian dengan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Sekiranya hasil penyelidikan ini diterbitkan atau dibentangkan kepada orang ramai, identiti anda tidak akan didedahkan tanpa kebenaran anda terlebih dahulu. Hanya ahli penyelidik dan pihak-pihak tertentu yang terlibat dalam penyelidikan ini seperti juruaudit dan jurupantau yang terlatih, pihak berkuasa kerajaan atau undang-undang, boleh memeriksa maklumat atau data kajian jika diperlukan.

Siapakah yang perlu saya hubungi sekiranya saya mempunyai sebarang pertanyaan?

Anda boleh menghubungi doktor penyelidikan Dr. Siti Aishah Binti Abas di ruangan live chat /feedback sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai penyelidikan ini. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan dengan hak-hak anda sebagai pesakit dalam penyelidikan ini, sila hubungi: Setiausaha, Jawatankuasa Etika & Penyelidikan Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia, melalui talian telefon 03-3362 8407/8205/8888.

Siapakah yang membiayai penyelidikan ini?

Penyelidikan in tidak menerima penajaan dari pihak luar. Anda tidak akan dibayar untuk menyertai penyelidikan ini.

Apakah manfaatnya saya menyertai kajian ini?

Penyelidikan ini mungkin akan mendatangkan manfaat ataupun langsung tiada memberi apa-apa manfaat kepada anda. Segala maklumat yang diperolehi daripada penyelidikan ini akan dapat meembantu memanfaatkan individu, penyelidik, institusi dan komuniti dalam kemajuan pengetahuan dan amalan dalam aktiviti kawalan dan pencegahan penyakit TB pada masa hadapan.

Log Masuk

* Sila masukkan nama pengguna & katalaluan anda